Sunday, 12 October 2008

Aktiviti dijalankan

Program 3 veges,2 fruits dijalankan dipusat pengajian sains kesihatan pada 12 Oktober 2008 memulakan sejarahnya dengan pembabitan pelajar dan staf PPSK. Program ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar dietetik tahun akhir dan dibantu oleh pensyarah-pensyarah serta pegawai-pegawai dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan. Program ini mendapat sambutan agak menggalakkan tertutama bagi program kuiz dan masakan.

Penghargaan patut diberikan kepada program-program sebegini kerana ia mewujudkan suasana akademik disamping dapat membantu mewujudkan suasana erat dikalangan staf dan pelajar. Selain itu program sebegini dapat memberi gambaran sebenar kepada staf dan pelajar tentang kaedah gaya hidup sihat yang boleh dipraktikan. Langkah ini sebenarnya amat bertepatan kerana sebagai pusat pengajian yang melaungkan konsep kesihatan kepada masyarakat sepatutnya kita bermula di rumah kita sendiri sebelum menjengah ke masyarakat luar....diharapnya program sebegini dapat diteruskan di masa akan datang..dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program 3 Veges,2 Fruits

Saya mengucapkan tahniah kepada pelajar tahun akhir kerana mampu menganjurkan program sebegini diharap anda semua mengaktifkan diri demi kesejahtraan masyarakat Malaysia.Keep it up guys!Hope to see all of you as the best dietitian!

No comments: